My Imam

Kalau kembali masa 9 tahun ke belakang,

masih pilih dia.

kalau nanti di syurga,

semoga Allah SWT menjadikan dia tetap jodoh saya. Insyaallah.

 

 

Advertisements

Melaka #hawau

Going with friends last weekend. trip kerja terbahagi liburan selingan. Seronok sebab Melaka.. ya.. melakalah.

Sering saya rasakan melaka ni kecil je tempatnya. bole tapau seharian terus. Tapi bila dengan rakan dan family sama skali trip itu jadi lain. ok saya nyatakan kenapa

Dengan family, terpenting adalah keselesaan anak-anak. baik hotelnya, tempat makannya, tempat lawatnya, perancangan waktu tu mesti betul. katakan nk pegi banda hilir pagi sampai tghari, kalau tergelincir masa.. anak mungkin melangkau nap time, makan time, segala time. kita pun rushing dan semasa mengurus semua itu masa pun hilang, keseronokan terbang.

dengan kawan, its all about you, and all yours! ambillah masa-masa itu semua untuk keseronokkan. tak perlu plan masa sangat. berhenti makan bila-bila, atau makan terusan setiap masa.

pada saya dua-dua keadaan tu saya jalani dengan suka hati.. bermakna percutian tu kena ada 2 segmentasi lah. eh. gitulah kaedahnya.

ps: cuti bole dpt master’s approval ke?

 

 

 

 

 

 

 

 

Biarkan masa merawat segalanya..

Air mata saya sentiasa ada. untuk seorang teman yg kehilangan suaminya beberapa bulan lepas. dia dan saya bukanlah mesra. hanya di FB dia, saya merasakan cinta yg menyala buat suami yg sering berjauhan jua buat anak2 kecilnya.

Selepas kematian suami, setiap post yg dihantar samada anak yang masuk sekolah, berpergian ke johor, celebrate birthday rakan sekolah, anaknya yg pandai berposing, semua mengundang sedih di hati saya. semua sekali.

saya tak mampu berbuat apa. sebab saya juga tahu derita rasa yang bagaimana. walau tidak pernah kehilangan suami, membayangkan aje sudah pun parah.

Sabarlah sahabat. saya tahu anda tak kuat, sbb kita tiada pilihan, maka harus menjadi apa adanya sekarang. menangis. mengenang. merindu.

Al fatihah. Juga untuk arwah abah.